Welcome to MYBENZ photo gallery

LATEST IN MYBENZ

CAR STICKER FOR MYBENZERS

Get it now while stock last!. An exclusive car sticker for MYBENZ members now available at RM5.00 (including delivery). To order please go to this link: http://shamani.jimdo.com/products/merchandise/

Tahniah! Penghulu KL - upload 2 Mar 2012

Tahniah diucapkan kepada Tok Penghulu KL En Wan Ahmad kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki yang pertama di dalam keluarga beliau. Cucu pertama itu dilahirkan pada 29 Feb 2012 pada jam 2.39pm di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Semoga kehadiran cucu pertama ini akan memeriahkan lagi kegembiraan di dalam keluarga beliau.

Kejohanan Bowling bersama ahli Mybenz - upload 30 Jan 2012

 

Pada 28 Jan 2012, MYBENZ telah menganjurkan Pertandingan Persahabatan Bowling sesama ahlinya di Bowling Alley Alamanda, Putrajaya. Seramai 12 peserta yang telah mengambil bahagian yang terdiri dari 8 lelaki dan 4 wanita. Ini adalah kali yang pertama pertandingan bowling ini diadakan dan semua peserta nampak begitu gembira dan dapat bergaul mesra dengan keluarga MYBENZ yang lain.

 

Kumpulan yang muncul juara pada hari itu ialah "Kumpulan Kompressor" yang terdiri dari Bro Ridzuan dari Kuantan, Zaff dan Arin. Sementara pemenang Markah Tertinggi Lelaki ialah Bro Ridzuan dan Markah Tertinggi Wanita pula ialah Ms Evva. Bagi yang paling banyak yang mendapat "Strike" ialah Bro Ridzuan kita dengan membawa pulang GPS from Garmin (yang ditaja oleh Bro Elhefe).

 

MYBENZ dengan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir dan yang telah memberikan kerjasama serta sokongan untuk menjayakan program ini. DIharapkan pada masa hadapan kita mampu membuat lebih banyak program kekeluargaan seperti ini.

 

Disertakan gambar-gambar ahli yang mengambil bahagian pada hari tersebut:

Menziarah Penghulu KL ( Bro Wan Ahmad) di Ampang Puteri - upload 19 jan 2012

 

Pada 18 Jan 2012, Penghulu KL Bro Wan Ahmad telah dimasukkan ke wad untuk menjalani Coronary Angiography. Yang mana mengenali Penghulu KL ini telah pergi melawat beliau dan keadaan Bro Wan kita stabil dan masih kuat. Jenaka serta gurau senda Penghulu KL kita masih lagi sama. MYBENZ mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat bersama kita lagi selepas ini.

 

Ini antara gambar ahli-ahli yang datang menziarah.

TT menyambut kedatangan Penghulu Kelantan - update 5 Dec 2011

 

3 December 2011- MYBENZ baru-baru ini telah mengadakan TT sempena menyambut Penghulu Kelantan yang bari dilantik iaitu Tuan Haji Ismail. Majlis yang diadakan di Restoren Al Rafi Bistro, Shah Alam ini bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 2 pagi.

 

Diantara yang hadir ialah Bro Sham, Mabel, ismaia, wan_one, Hj Ismail, Wan Ahmad (penghulu KL), rothman, mdameer (penghulu Selangor), razza, shamburke, zaff dan aguss. TT boleh dikatakan amat meriah dengan gurau senda dan seloka dari ahli2 yang datang.

 

Disamping itu TT kali ini sempat membincangkan berkenaan Konvoi ke Kelantan, Bowling Day serta hala tuju MYBENZ untuk tahun 2012.

 

Kita harapkan selepas ini akan makin ramai lagi ahli untuk datang berkumpul dan bersua kenal dengan ahli2 MYBENZ yang sedia ada.

 

Disertakan gambar2 pada malam TT dibawah:

 

 

 

MYBENZ Sepang Petronas Track Day. (An Invitation by Petronas) - update on 2 Dec 2011

Pada 20 November 2011 - Petronas telah menjemput ahli dari MYBENZ untuk menyertai Petronas Track di Litar Sepang. Walaupun jemputan itu datangnya dari waktu yang singkat tetapi wakil MYBENZ tidak menghampakan jemputan itu.

 

Antara ahli yang hadir ialah Wan Ahmad (Penghulu KL), Aguss, Adek, Razali dan Conman

 

"Pada jam 11pg kami sampai diPaddock litar dan mendaftarkan pernyertaan kami dr carclub dan dberi penerangan tentang undang2 dilitar dan kami diberi cap petronas serta sesi bergambar percuma sekeping seorang gmbr kemudian dihidangkan brunch. Pukul 12 30 kami diisikan petrol Ron 97 sehingga penuh tangki dan pukul 4 30 pula kami diberi peluang mencuba litar dgn memandu kereta kami sendiri tapi malangnya hujan yg lebat menyukarkan kami utk enjoy speeding.hanya 80-120km saja yg mampu. Sebelum itu kami disajikan dgn permainan go kart,motor mini,simulator dan body massage serta permainan video game." kata Penghulu KL

 

Semoga aktiviti ini akan berterusan dan kelab MYBENZ akan terus mendapat perhatian dari pihak PETRONAS

Family Day Discussion - update 21/11/2011

 

Join our Family Day discussion at

http://www.mybenz.org/zoopp/html/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=11843&forum=7

 

Give your opinion, give your support!

 

cheers

 

Trip to Raub - update 18/10/2011

 

Pada 15/10/2011, Mybenz telah menganjurkan short convoy ke Raub. Walaupun dengan hanya 5 peserta sahaja tetapi ianya amat menyeronokkan. Antara aktiviti di Raub ialah makan tengahari di Kari Kepala Ikan Raub & makan Durian (Musang King) bersama. Ribuan terima kasih kepada Bro Agus (orang kuat Raub) yang sudi membawa kami berjalan-jalan di Pekan Raub.

 

Semoga aktiviti ini dapat kita lakukan sekali lagi di masa hadapan

 

Cheers

Pages to the People

Advertise your company here

Latest Pictures